PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Program Penguatkuasaan

OPERASI PEMERIKSAAN KONTENA DI PELABUHAN KLANG, SELANGOR

JAS SELANGOR 19/06/2026 1 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
OPERASI PEMERIKSAAN KONTENA DI PELABUHAN KLANG, SELANGOR
Tahun
2026
Organisasi
JAS SELANGOR
Lokasi
KLANG

Penerangan

Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Selangor telah menjalankan operasi pemeriksaan kontena di Pelabuhan Klang pada 11 dan 12 Jun 2026. Operasi tersebut melibatkan agensi-agensi seperti Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KASTAM), Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM) dan Lembaga Pelabuhan Klang (LPK). Sebanyak 31 buah kontena yang disyaki membawa buangan terjadual telah diperiksa semasa operasi tersebut. Hasil pemeriksaan mendapati 9 buah kontena membawa buangan terjadual yang mana 4 daripadanya adalah buangan elektrik dan elektronik (E-Waste). Tindakan Notis Arahan di bawah Seksyen 31 dan Seksyen 37, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dikeluarkan bagi mengarahkan kontena yang membawa buangan terjadual tersebut keluar dari Malaysia. Pemulangan kontena ini adalah amaran tegas bahawa Malaysia tidak membenarkan sebarang pengimportan buangan berbahaya merentasi sempadan selaras dengan komitmen negara di bawah Konvensyen Basel Mengenai Kawalan Pergerakan Merentas Sempadan Buangan Berbahaya dan Pelupusannya. Orang ramai adalah diingatkan bahawa sebarang pengimportan buangan terjadual tanpa kelulusan bertulis daripada Ketua Pengarah Alam Sekeliling adalah suatu kesalahan di bawah Seksyen 34B, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan apabila disabitkan kesalahan akan dihukum penjara selama tempoh tidak melebihi lima tahun penjara dan denda tidak kurang daripada RM 100,000.00 dan tidak melebihi RM 10 juta ringgit.