Koleksi Gambar / Program Penguatkuasaan
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- SIASATAN ADUAN PENCEMARAN BAU DI KAWASAN PERINDUSTRIAN SIJANGKANG, TELOK PANGLIMA GARANG
- Tahun
- 2026
- Organisasi
- JAS SELANGOR
- Lokasi
- TELOK PANGLIMA GARANG
Penerangan
12 Jun 2026, Kuala Langat – Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Selangor Cawangan Sepang telah menjalankan siasatan aduan pencemaran bau ke atas sebuah premis yang menjalankan aktiviti kitar semula di Kawasan Perindustrian Sijangkang, Telok Panglima Garang, Kuala Langat, Selangor.
Hasil pemeriksaan mendapati premis telah beroperasi dengan Sistem Kawalan Pencemaran Udara (SKPU) iaitu bag filter dan scrubber tanpa kelulusan daripada Jabatan Alam Sekitar.
Tindakan Penahanan Operasi Kelengkapan (POK) di bawah Seksyen 38(1)(a), Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (AKAS 1974) telah dikenakan terhadap premis bagi menghentikan pencemaran udara dari terus berlaku. Notis Arahan di bawah Seksyen 31, Akta yang sama juga telah dikenakan bagi mengarahkan premis untuk menjalankan tindakan pembaikan dan pematuhan. Tindakan pendakwaan akan diambil atas ketidakpatuhan tersebut.
Semua pihak adalah diingatkan bahawa kegagalan mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 boleh menyebabkan tindakan undang-undang selanjutnya diambil. Hentikan pencemaran!