Koleksi Gambar / Program Kesedaran
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- OPERASI BERSEPADU KILANG BARANG LUSUH DI MUKIM RAWANG, SELANGOR
- Tahun
- 2026
- Organisasi
- JAS SELANGOR
- Lokasi
- RAWANG
Penerangan
10 Jun 2026, Gombak – Operasi Bersepadu ke atas Kilang Barang Lusuh telah dijalankan di Mukim Rawang, Gombak, Selangor melibatkan agensi-agensi seperti Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Selangor Cawangan Gombak, Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Pejabat Tanah dan Galian Selangor (PTDG), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Selangor dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Selangor.
Hasil siasatan mendapati premis menjalankan aktiviti peleburan barangan kitar semula (copper scrap). Siasatan lanjut juga mendapati bahawa premis gagal menguruskan dan mengendalikan buangan terjadual SW104 yang terhasil daripada aktiviti peleburan sepertimana keperluan di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005.
Persampelan rasmi telah dijalankan untuk analisa selanjutnya, Tindakan Notis Arahan di bawah Seksyen 31, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Penahanan Operasi Kelengkapan (POK) di bawah Seksyen 38(1)(c), Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 telah dikeluarkan ke atas premis. Arahan lapangan turut dikeluarkan ke atas premis sebagai amaran untuk tidak mengambil buangan terjadual bagi tujuan proses dan mengarahkan premis untuk melupuskan buangan terjadual SW104 ke Premis Yang Ditetapkan Buangan Terjadual (PYDT BT) yang dilesenkan oleh JAS.
Semua pihak adalah diingatkan bahawa ketidakpatuhan kepada Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 boleh menyebabkan mana-mana pihak di denda dan dibawa untuk tindakan mahkamah selanjutnya. JAS Negeri Selangor komited dalam memerangi isu-isu alam sekitar di Negeri Selangor.