Koleksi Gambar / Program Kesedaran
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- CERAMAH KESEDARAN ALAM SEKITAR SEMPENA PROGRAM VOLUNTOURISM - SAVE THE EARTH CAMPAIGN 2026
- Tahun
- 2026
- Organisasi
- UMPSA
- Lokasi
- SHAH ALAM
Penerangan
Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Selangor telah menerima jemputan daripada Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) bagi menyampaikan ceramah kesedaran alam sekitar sempena Program Voluntourism - “Save The Earth Campaign 2026” pada 4 Jun 2026 bertempat di kampus ADTEC JTM Shah Alam.
Program telah dianjurkan oleh UMPSA dengan kerjasama ADTEC JTM Shah Alam dengan penglibatan seramai 100 orang pelajar kampus tersebut. Program tersebut diadakan bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan kefahaman berkaitan alam sekitar dalam kalangan belia agar Matlamat Pembangunan Mampan (Sustainable Development Goals) dapat dicapai dengan lebih berkesan. Ceramah telah disampaikan oleh Pn. Noorhasliana binti Sazali, Penolong Pengarah, Bahagian Pembangunan, JAS Negeri Selangor.
Semoga sesi perkongsian tersebut dapat memberi manfaat kepada para peserta dalam membantu menjadikan Malaysia sebuah negara yang lebih lestari dan mampan pada masa akan datang.