PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Program Kesedaran

PAMERAN KESEDARAN ALAM SEKITAR SEMPENA PROGRAM YSD WORLD ENVIRONMENT DAY 2026 DI PARC, SUBANG JAYA

JAS SELANGOR 19/06/2026 3 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PAMERAN KESEDARAN ALAM SEKITAR SEMPENA PROGRAM YSD WORLD ENVIRONMENT DAY 2026 DI PARC, SUBANG JAYA
Tahun
2026
Organisasi
JAS SELANGOR
Lokasi
SUBANG JAYA

Penerangan

14 Jun 2026, Subang Jaya - Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Selangor telah menerima jemputan daripada Yayasan Sime Darby (YSD) sempena Program YSD World Environment Day 2026 yang bertemakan “Cultivating Sustainability Through Volunteering and Community Action”. Program telah dirasmikan oleh YB Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh, Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES), diiringi oleh YBrs. Pn. Hajah Azuri Azizah Binti Saedon, Timbalan Ketua Pengarah Alam Sekitar (Pembangunan) dan YBhg. Dato' Haji Wandi Yadzid Bin Haji Yaakob, Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Selangor. Majlis turut menyaksikan gimik pelancaran YSD World Environment Day 2026 serta simbolik penajaan beberapa projek kelestarian alam sekitar yang dilaksanakan dengan kerjasama pelbagai pihak strategik. Selain itu, para jemputan turut berpeluang melawat reruai pameran dan aktiviti yang mempamerkan pelbagai inisiatif berkaitan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar. Program seperti ini merupakan platform penting dalam meningkatkan kesedaran masyarakat serta menggalakkan penglibatan komuniti ke arah pembangunan yang lebih mampan dan lestari. JAS Negeri Selangor sentiasa komited untuk bekerjasama dengan pelbagai pihak dalam memperkukuh usaha pemeliharaan alam sekitar serta membudayakan amalan lestari demi kesejahteraan generasi masa kini dan akan datang.