Koleksi Gambar / Program Kesedaran
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- PAMERAN KESEDARAN ALAM SEKITAR OLEH JABATAN ALAM SEKITAR (JAS) NEGERI SELANGOR
- Tahun
- 2026
- Organisasi
- JAS SELANGOR
- Lokasi
- AMPANG
Penerangan
10 Jun 2026, Ampang - Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Selangor telah menerima jemputan daripada Maahad Integrasi Tahfiz Selangor (MITS) Pandan Indah untuk mengadakan Pameran Kesedaran Alam Sekitar sempena Program Karnival 3K (Kesihatan, Keselamatan dan Kerjaya) MITS Pandan Indah Tahun 2026.
Kemudahan pendaftaran Ahli Rakan Alam Sekitar (RAS) secara dalam talian telah turut diketengahkan semasa pameran bagi mengalakkan pembudayaan amalan kelestarian dan penglibatan masyarakat dalam aktiviti pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.
JAS Negeri Selangor sentiasa komited untuk bekerjasama dengan pelbagai agensi kerajaan, swasta dan institusi pendidikan dalam usaha berterusan meningkatkan kesedaran masyarakat ke arah kelestarian alam sekitar demi kesejahteraan generasi masa hadapan.
“Alam Sekitar Tanggungjawab Bersama”