Koleksi Gambar / Program Penguatkuasaan
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- OPS BERSEPADU (ASAP HITAM KENDERAAN DIESEL)
- Tahun
- 2026
- Tarikh Keluaran
- 18/06/2026
- Organisasi
- Jabatan Alam Sekitar Kota Kinabalu
- Lokasi
- Penampang
Penerangan
18 JUN 2026, PENAMPANG - Jabatan Alam Sekitar Kota Kinabalu bersama Bahagian Siasatan & Penguatkuasaan Trafik IPD Pemampang telah menjalankan penguatkuasaan Kawalan Pelepasan Daripada Kenderaan Diesel .
Operasi fokus kepada kenderaan perdagangan. Kenderaan milik persendirian yang telah di modifikasi enjin juga antara yang di sasarkan untuk diperiksa. Ujian asap hitam oleh JAS bagi memastikan asap yang dilepaskan mematuhi standard Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Daripada Kenderaan Diese) 1996, AKAS 1974.
Operasi bersepadu ini sentiasa di jalankan secara berkala bersama agensi penguatkuasa yang lain seperti JPJ, PDRM (Polis Trafik) dan agensi berkaitan bagi memastikan kenderaan perdagangan/ syarikat dan pemilik kenderaan individu sentiasa membuat penyelenggaran berkala dan tidak membuat modifikasi enjin agar asap yang di lepaskan dari ekzos kenderaan tidak menjejaskan alam sekitar.
#NRES
#jabatanalamsekitar
#alamsekitartanggungjawabbersama
#jassabah_jun2026