Koleksi Gambar / Program Kesedaran
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- PROGRAM RAKAN LESTARI 2026 SEMPENA HARI LANDSKAP NEGARA
- Tahun
- 2026
- Tarikh Keluaran
- 18/06/2026
- Organisasi
- Majlis Daerah Kuala Penyu
- Lokasi
- Dewan Monsoi Avenue, Pekan Kuala Penyu
Penerangan
18 Jun 2026, Kuala Penyu - MDKP telah menjemput Jabatan Alam Sekitar Cawangan Sipitang dalam menjayakan Program Rakan Lestari 2026 di Dewan Monsoi Avenue, Pekan Kuala Penyu. Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai pemeliharaan alam sekitar, amalan lestari serta tanggungjawab bersama dalam menjaga kesejahteraan alam sekitar. Program yang dirasmikan oleh Tuan DO Kuala Penyu, Nelson Domil Oluk ini dihadiri sekitar 150 peserta.
Antara pengisian program yang telah dilaksanakan adalah pengumpulan minyak masak, majalah dan pakaian terpakai, aktiviti gotong royong, penanaman pokok serta ceramah Anti Pembakaran Terbuka dari wakil JAS Cawangan Sipitang.
Pihak penganjur merakamkan penghargaan kepada JAS Sabah atas penglibatan dan sokongan dalam menjayakan Program Rakan Lestari 2026 Kuala Penyu.
Sekian untuk makluman.