Koleksi Gambar / Program Pengawasan
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- PENGUATKUASAAN SYARAT EIA PROJEK PEMBANGUNAN KEMUDAHAN PELANCONGAN
- Tahun
- 2026
- Organisasi
- UNIT EIA JAS JOHOR
- Lokasi
- PULAU PEMANGGIL
Penerangan
13 Jun 2026, Pulau Pemanggil, Mersing, Johor - Unit Penguatkuasaan EIA, Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor (JASNJ) telah menjalankan lawatan penguatkuasaan ke atas sebuah projek yang telah mendapat kelulusan Laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA) daripada JASNJ. Projek tersebut tertakluk di bawah Aktiviti 12(b), Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti Yang Ditetapkan) (Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling) 2015 iaitu pembangunan kemudahan pelancongan.
Pemeriksaan secara selam SCUBA telah dijalankan oleh dua (2) orang pegawai JASNJ bagi memeriksa keadaan di dasar laut sekitar kawasan projek. Hasil pemeriksaan penggerak projek telah mematuhi syarat-syarat kelulusan laporan EIA yang telah ditetapkan serta melaksanakan langkah-langkah kawalan alam sekitar sebagaimana yang diluluskan.
JASNJ menasihatkan penggerak projek terus mengekalkan tahap pematuhan yang tinggi terhadap syarat-syarat kelulusan laporan EIA dan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 sepanjang masa. Sebarang ketidakpatuhan akan dikenakan tindakan penguatkuasaan yang tegas selaras dengan peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa. Pelaksanaan pemeriksaan lapangan secara berkala oleh pegawai penguat kuasa Jabatan ini mencerminkan komitmen yang tinggi bagi memastikan alam sekitar terus terpelihara seiring dengan pembangunan negara yang lestari.
#NRES
#jabatanalamsekitar