PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti · Program Kesedaran

PROGRAM KESEDARAN ALAM SEKITAR DAN AKTIVITI "NATURE HAIR PLAY" BERSAMA TADIKA KEMAS KG PANTAI, WP LABUAN: SEMPENA SAMBUTAN HARI ALAM SEKITAR SEDUNIA

JAS WP LABUAN 23/06/2026 1 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PROGRAM KESEDARAN ALAM SEKITAR DAN AKTIVITI "NATURE HAIR PLAY" BERSAMA TADIKA KEMAS KG PANTAI, WP LABUAN: SEMPENA SAMBUTAN HARI ALAM SEKITAR SEDUNIA
Tahun
2026
Organisasi
JAS WP LABUAN
Lokasi
WP LABUAN

Penerangan

PROGRAM KESEDARAN ALAM SEKITAR DAN AKTIVITI "NATURE HAIR PLAY" BERSAMA TADIKA KEMAS KG PANTAI, WP LABUAN: SEMPENA SAMBUTAN HARI ALAM SEKITAR SEDUNIA 10 Jun 2026 – Dalam usaha menyemarakkan sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia, Jabatan Alam Sekitar (JAS) WP Labuan dengan kerjasama Tadika KEMAS Kg Pantai telah menganjurkan program kesedaran alam sekitar melalui aktiviti santai dan kreatif, iaitu “Nature Hair Play”. Program ini bertujuan memupuk rasa cinta akan bumi dan melestarikan alam sekitar dalam kalangan kanak-kanak sejak usia awal. Melalui aktiviti berkonsepkan 'back to nature' ini, murid-murid mengasah bakat dengan menggunakan daun-daun kering, bunga, dan bahan semula jadi yang gugur di bumi untuk menghasilkan pelbagai gaya “rambut” pada lukisan mereka secara kreatif. Aktiviti seumpama ini bukan sahaja menyeronokkan, malah terbukti membantu meningkatkan daya kreativiti, kemahiran motor halus, serta menyuntik nilai menghargai ekosistem bumi. Di samping itu, murid-murid turut diberi pendedahan tentang kepentingan menjaga kebersihan, menyayangi flora dan fauna, serta peranan mereka sebagai 'Wira Bumi' yang kecil. Kesedaran ini penting bagi memastikan bumi kita kekal hijau, sekali gus menjamin udara yang segar dan kehidupan yang lebih sihat untuk generasi masa hadapan. Semoga usaha murni sempena Hari Alam Sekitar Sedunia ini dapat melahirkan generasi baharu yang lebih peka, bertanggungjawab, dan komited dalam memelihara kelestarian alam sekalian alam. #NRES #jabatanalamsekitar #jaswplabuan #alamsekitartanggungjawabbersama #jaswplabuan_Jun_2026