PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti · Program Kesedaran · Program Penguatkuasaan

LAWATAN VERIFIKASI SKPU DI MAKMAL PETRONAS CHEMICALS METHANOL (PCM) LABUAN

JAS WP LABUAN 23/06/2026 1 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
LAWATAN VERIFIKASI SKPU DI MAKMAL PETRONAS CHEMICALS METHANOL (PCM) LABUAN
Tahun
2026
Organisasi
JAS WP LABUAN
Lokasi
WP LABUAN

Penerangan

LAWATAN VERIFIKASI SKPU DI MAKMAL PETRONAS CHEMICALS METHANOL (PCM) LABUAN 9 Jun 2026 - Jabatan Alam Sekitar (JAS) W.P. Labuan telah mengadakan lawatan verifikasi di Makmal PETRONAS Chemicals Methanol (PCM) Labuan bagi meninjau kemudahan kawalan pencemaran udara dan sistem pengudaraan di premis tersebut. Antara kemudahan yang diperiksa termasuklah tujuh (7) buah cerobong serta peralatan kawalan dan penyimpanan bahan kimia bagi memastikan operasi makmal sentiasa mematuhi keperluan perundangan alam sekitar yang telah ditetapkan. Lawatan ini turut bertujuan untuk memperkukuh pemantauan dan meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan pematuhan alam sekitar, sekali gus memastikan persekitaran kerja yang selamat serta kelestarian alam sekitar terus terpelihara. Merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak PCM Labuan atas kerjasama erat yang diberikan sepanjang lawatan ini dijalankan. #NRES #jabatanalamsekitar #jaswplabuan #alamsekitartanggungjawabbersama #jaswplabuan_Jun_2026