Koleksi Gambar / Aktiviti · Program Kesedaran · Program Penguatkuasaan · Program Pengawasan
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- PENGUATKUASAAN SUSULAN PEMBINAAN TANPA KELULUSAN LAPORAN PENILAIAN KESAN KEPADA ALAM SEKELILING (EIA).
- Tahun
- 2026
- Organisasi
- JAS LABUAN
- Lokasi
- WP LABUAN
Penerangan
PENGUATKUASAAN SUSULAN PEMBINAAN TANPA KELULUSAN LAPORAN PENILAIAN KESAN KEPADA ALAM SEKELILING (EIA).
18 Jun 2026, Jabatan Alam Sekitar (JAS) Wilayah Persekutuan Labuan telah melaksanakan penguatkuasaan susulan di Pulau Rusukan Kecil susulan aktiviti pembinaan yang dipercayai dijalankan tanpa kelulusan Laporan Penilaian Kesan kepada Alam Sekeliling (EIA).
Operasi ini dilaksanakan dengan kerjasama Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) WPL bagi memastikan pematuhan terhadap peruntukan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
JAS memandang serius sebarang aktiviti pembangunan yang berpotensi memberi kesan kepada alam sekitar tanpa kelulusan yang ditetapkan. Tindakan penguatkuasaan akan diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati melanggar peruntukan undang-undang.
?? Peringatan: Semua pemaju dan pihak berkepentingan diingatkan supaya mendapatkan kelulusan EIA terlebih dahulu bagi projek yang tertakluk di bawah Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti Yang Ditetapkan) (Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling) 2015 sebelum memulakan sebarang aktiviti pembangunan.
Bersama-sama kita memelihara dan melindungi khazanah alam sekitar demi kesejahteraan generasi masa hadapan.
#NRES
#jabatanalamsekitar
#jaswplabuan
#alamsekitartanggungjawabbersama
#jaswplabuan_Jun_2026