PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti · Program Kesedaran · Program Penguatkuasaan · Program Pengawasan

LAWATAN VERIFIKASI SISTEM PENGOLAHAN EFLUEN PERINDUSTRIAN (SPE) DI SOBENA OFFSHORE INC. SDN. BHD.

JAS WP LABUAN 23/06/2026 1 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
LAWATAN VERIFIKASI SISTEM PENGOLAHAN EFLUEN PERINDUSTRIAN (SPE) DI SOBENA OFFSHORE INC. SDN. BHD.
Tahun
2026
Organisasi
JAS WP LABUAN
Lokasi
WP LABUAN

Penerangan

LAWATAN VERIFIKASI SISTEM PENGOLAHAN EFLUEN PERINDUSTRIAN (SPE) DI SOBENA OFFSHORE INC. SDN. BHD. LABUAN, 8 JUN 2026 – Jabatan Alam Sekitar (JAS) Wilayah Persekutuan Labuan telah melaksanakan lawatan verifikasi ke atas Sistem Pengolahan Efluen Perindustrian (SPE) di premis Sobena Offshore Inc. Sdn. Bhd. hari ini. Lawatan penguatkuasaan berkala ini bertujuan untuk: i) Memastikan pematuhan sistem dan komponen SPE yang dipasang dengan keperluan Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Efluen Perindustrian) 2009. ii) Memeriksa dan menyemak rekod pemantauan operasi serta dokumentasi berkaitan pengoperasian premis secara menyeluruh. Selain itu, lawatan ini turut memberi penekanan utama terhadap aspek pemantauan prestasi (_performance monitoring_) sistem rawatan efluen. Langkah ini penting bagi memastikan pihak industri mengekalkan tahap pematuhan perundangan secara berterusan demi kelestarian alam sekitar yang berkesan. #NRES #jabatanalamsekitar #jaswplabuan #alamsekitartanggungjawabbersama #jaswplabuan_Jun_2026