PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti ยท Program Kesedaran

CERAMAH SISA MARIN DAN AKTIVITI BEACH CLEAN UP BERSAMA JABATAN ALAM SEKITAR WP LABUAN.

JAS WP LABUAN 23/06/2026 1 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
CERAMAH SISA MARIN DAN AKTIVITI BEACH CLEAN UP BERSAMA JABATAN ALAM SEKITAR WP LABUAN.
Tahun
2026
Organisasi
JAS WP LABUAN
Lokasi
WP LABUAN

Penerangan

CERAMAH SISA MARIN DAN AKTIVITI BEACH CLEAN UP BERSAMA JABATAN ALAM SEKITAR WP LABUAN. 20 Jun 2026 - Program Beach Clean-Up sempena Hari Lautan Sedunia 2026 telah berjaya dilaksanakan hasil kerjasama Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Labuan (JASWPL) bersama Jabatan Muzium Malaysia, Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) dan Perbadanan Labuan. Sepanjang program berlangsung, sebanyak 391 kilogram sisa berjaya dikumpulkan. Turut diadakan sesi ceramah berkaitan sisa marin bagi meningkatkan kesedaran peserta tentang kepentingan amalan pengurangan, pengasingan dan pelupusan sisa yang betul. Orang awam juga diingatkan agar tidak membuang sampah merata-rata, khususnya di kawasan pantai, sungai dan laut. Kurangkan penggunaan plastik sekali guna serta amalkan pengasingan sisa di punca demi memelihara ekosistem marin yang bersih dan lestari. Terima kasih kepada semua peserta dan rakan strategik yang bersama-sama memelihara kebersihan pantai serta kelestarian lautan demi generasi akan datang.