Koleksi Gambar / Aktiviti
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- SESI CERAMAH PENILAIAN IMPAK ALAM SEKITAR (EIA) BERSAMA UiTM CAWANGAN SARAWAK
- Tahun
- 2026
- Organisasi
- JAS Sarawak
- Lokasi
- Kuching, Sarawak
Penerangan
Jabatan Alam Sekitar (JAS) Sarawak telah mengadakan sesi ceramah berkaitan Penilaian Impak Alam Sekitar (Environmental Impact Assessment, EIA) di Bilik Mesyuarat Santubong, JAS Sarawak. Sesi yang berlangsung pada jam 2.30 petang, 10 Jun 2026 telah dihadiri oleh 11 orang pelajar tahun ketiga bersama 4 orang pensyarah pengiring daripada Program Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Awam (Pengurusan Aset), Fakulti Kejuruteraan Awam, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Sarawak.
Rombongan tersebut turut disertai oleh penyelaras kursus Environmental Impact Assessment, Cik Beatrice Christianus Bidaun serta pensyarah, Puan Caroline Marajan. Pihak JAS Sarawak pula diwakili oleh Tuan Mirza bin Zainudin, Ketua Penolong Pengarah (Bahagian Pembangunan), manakala Tuan Zakaria bin Ismail dan Puan Nursarahanis binti Darewis bertindak sebagai penceramah. Program ini turut dibantu oleh Puan Hamidah selaku urusetia.
Sesi perkongsian ini bertujuan memberikan pendedahan dan pemahaman yang lebih jelas kepada para pelajar mengenai proses penyediaan laporan EIA, khususnya sebagai rujukan dan panduan dalam melaksanakan tugasan projek akademik mereka.
Antara perkara yang dikongsikan sepanjang sesi ceramah adalah:
?? Penerangan mengenai peruntukan di bawah Seksyen 34A Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 serta kriteria aktiviti yang tertakluk kepada EIA.
?? Pendedahan kepada format laporan EIA mengikut panduan Environmental Impact Assessment Guideline in Malaysia (EGIM).
?? Penerangan berkaitan penyediaan data asas (baseline data), ramalan impak alam sekitar dan cadangan langkah mitigasi menggunakan Best Available Technologies (BAT).
?? Perkongsian kajian kes projek sebenar di Sarawak yang melibatkan pembangunan talian paip gas dan fasiliti sisa terjadual.
?? Penekanan terhadap pelaksanaan Environmental Management Plan (EMP) serta audit pihak ketiga semasa fasa pembinaan dan operasi projek.
Diharapkan sesi perkongsian ilmu ini dapat memberi manfaat kepada para pelajar serta meningkatkan kefahaman mereka mengenai kepentingan EIA dalam memastikan pembangunan dilaksanakan secara lestari dan bertanggungjawab terhadap alam sekitar. ??