Koleksi Gambar / Aktiviti
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- TAKLIMAT “KEEP JAS CLEAN” PERINGKAT JAS SARAWAK DENGAN KERJASAMA AGENSI ANTI DADAH KEBANGSAAN (AADK)
- Tahun
- 2026
- Organisasi
- JAS Sarawak
- Lokasi
- Kuching, Sarawak
Penerangan
08 Jun 2026 - Jabatan Alam Sekitar (JAS) Sarawak telah mengadakan Taklimat “Keep JAS Clean” Peringkat JAS Sarawak dengan kerjasama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK). Taklimat tersebut telah disampaikan oleh Encik Ali Mulia bin En dan Puan Noor Syamiryati binti Mohd Ramzi pada hari ini bertempat di Bilik Mesyuarat Santubong, JAS Sarawak serta turut dihadiri oleh para pegawai JAS cawangan secara dalam talian.
Taklimat yang disampaikan oleh ini bertujuan untuk menyampaikan kesedaran mengenai kesan buruk penyalahgunaan dadah. Antara perkara yang diketengahkan ialah pengenalan kepada jenis-jenis dadah yang sering disalahgunakan, statistik serta situasi semasa kes penyalahgunaan dadah, dan kesan negatif penggunaan ketum serta vape terhadap kesihatan, prestasi kerja dan kesejahteraan individu.
Program ini telah meningkatkan kesedaran di kalangan pegawai yang hadir mengenai bahaya penyalahgunaan dadah, ketum dan vape serta kesannya terhadap kesihatan, prestasi kerja dan kesejahteraan diri. Diharapkan ilmu yang diperoleh dapat membantu pegawai mengamalkan gaya hidup sihat serta menjauhi gejala penyalahgunaan dadah dan bahan terlarang.