PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Program Pengawasan

ADUAN PENCEMARAN BAU DI TAMAN TANJUNG PUTERI RESORT, PASIR GUDANG OLEH JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI JOHOR CAWANGAN PASIR GUDANG

JAS JOHOR 23/06/2026 3 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
ADUAN PENCEMARAN BAU DI TAMAN TANJUNG PUTERI RESORT, PASIR GUDANG OLEH JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI JOHOR CAWANGAN PASIR GUDANG
Tahun
2026
Organisasi
JAS CAWANGAN PASIR GUDANG
Lokasi
PASIR GUDANG

Penerangan

Pada 13 Jun 2026, kira-kira jam 10.00 malam, Jabatan Alam Sekitar (JAS) Cawangan Pasir Gudang telah menerima aduan berhubung pencemaran bau bahan kimia di kawasan Taman Tanjung Puteri Resort, Pasir Gudang. Susulan aduan tersebut, pasukan penguat kuasa JAS dan Pasukan Polis Taman Pasir Putih telah menjalankan siasatan dan pemantauan di lokasi yang diadu. Hasil siasatan mendapati terdapat bau yang kuat menyerupai bau minyak serta kesan minyak hitam di sepanjang longkang utama kawasan perumahan tersebut. Pemeriksaan lanjut telah menemukan kesan buangan minyak di sebuah kediaman berhampiran lokasi kejadian yang dipercayai menjadi punca pencemaran bau tersebut. Individu berkenaan telah dikenal pasti dan keterangan telah diambil oleh JAS bagi tujuan siasatan lanjut. Tindakan segera pembersihan telah dijalankan oleh kontraktor yang dilantik oleh Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG). Sekiranya hasil siasatan mendapati berlaku pelepasan, tumpahan atau pencemaran yang menyalahi peruntukan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 [Akta 127], tindakan penguatkuasaan yang sewajarnya akan diambil. Semua pihak diingatkan supaya tidak membuang sebarang minyak, bahan kimia dan buangan terjadual ke dalam longkang dan sistem saliran awam kerana perbuatan tersebut boleh menyebabkan pencemaran alam sekitar serta menjejaskan kesihatan dan kesejahteraan penduduk setempat. #NRES #jabatanalamsekitar #jasjohor #alamsekitartanggungjawabbersama