Koleksi Gambar / Program Penguatkuasaan
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- OPERASI BERSEPADU JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI JOHOR BERSAMA IPD SEGAMAT
- Tahun
- 2026
- Organisasi
- UNIT KM JAS JOHOR
- Lokasi
- IPD SEGAMAT
Penerangan
Segamat, 16 Jun 2026, Unit Kenderaan Bermotor (UKB) Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Johor menjalankan Operasi bersepadu yang dijalankan dengan kerjasama Trafik IPD Segamat, Jabatan Pengangkutan Jalan, Agensi Anti Dadah Kebangsaan dan JAS Cawangan Muar.
Operasi yang dijalankan dengan tertumpu kepada kenderaan berenjin diesel dan motosikal yang berpotensi menyumbang kepada pencemaran udara. Sepanjang tempoh operasi, sebanyak 14 kompaun dan 25 Notis Arahan telah dikeluarkan kepada Pemilik kenderaan yang gagal mematuhi standard pelepasan yang ditetapkan.
Pelaksanaan operasi ini mencerminkan komitmen berterusan JAS Johor dalam memperkukuh penguatkuasaan undang-undang alam sekitar serta meningkatkan kesedaran awam terhadap kepentingan penyelenggaraan kenderaan bagi mengurangkan pencemaran udara. Melalui kerjasama erat antara agensi penguat kuasa, usaha ini diharap dapat memperkukuh pematuhan dan seterusnya menyumbang kepada peningkatan kualiti udara yang lebih bersih dan sihat.
#NRES
#jabatanalamsekitar
#jabatanalamsekitarnegeriJohor
#alamsekitartanggungjawabbersama
All reactions: