PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar

PERANAN JAS DALAM MENGHADAPI CUACA PANAS DAN KERING

JAS PULAU PINANG 24/06/2026 1 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PERANAN JAS DALAM MENGHADAPI CUACA PANAS DAN KERING
Tahun
2026
Organisasi
Jabatan Alam Sekitar
Lokasi
Jabatan Alam Sekitar

Penerangan

PERANAN JAS DALAM MENGHADAPI CUACA PANAS DAN KERING Keadaan cuaca panas dan kering yang sedang melanda negara memerlukan kerjasama semua pihak dalam memastikan alam sekitar dan kesihatan awam terus terpelihara. Sebagai agensi peneraju penguatkuasaan alam sekitar, Jabatan Alam Sekitar (JAS) melaksanakan pelbagai langkah proaktif dalam memastikan kesejahteraan rakyat melalui: Pemantauan kualiti udara secara berterusan 24 jam sehari melalui rangkaian stesen pemantauan automatik di seluruh negara. Pengesanan awal titik panas (hotspot) menggunakan imej satelit dan data meteorologi bagi mengenal pasti kawasan berisiko berlakunya kebakaran terbuka. Penguatkuasaan larangan pembakaran terbuka melalui rondaan operasi serta penggunaan teknologi dron di kawasan berisiko. Kesiapsiagaan menghadapi cuaca ekstrem dengan pelaksanaan Pelan Tindakan Pembakaran Terbuka Kebangsaan (PTPTK), mengaktifkan infra tanah gambut dan prosedur pengurusan kebakaran tanah gambut. Berkongsi input Dan pemakluman awani melalui Program pendidikan dan kesedaran awam bagi meningkatkan kefahaman masyarakat mengenai kesan pembakaran terbuka terhadap kesihatan dan alam sekitar. Orang ramai disaran agar tidak melakukan pembakaran terbuka serta segera melaporkan sebarang kejadian pencemaran atau pembakaran terbuka melalui: Hotline JAS: 1-800-88-2727 Portal e-Aduan JAS Aplikasi MyJAS Aduan