Koleksi Gambar
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- Tirai Pertandingan Debat Alam Sekitar Ke-32 Dilabuhkan, Universiti Malaysia Kelantan Unggul Bergelar Juara!
- Tahun
- 2026
- Organisasi
- Jabatan Alam Sekitar
- Lokasi
- Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
Penerangan
Tirai Pertandingan Debat Alam Sekitar Ke-32 Dilabuhkan, Universiti Malaysia Kelantan Unggul Bergelar Juara!
Universiti Malaysia Kelantan (UMK) berjaya dinobatkan sebagai Johan Debat Alam Sekitar (DAS) Antara Institusi Pendidikan Tinggi Ke-32 Tahun 2026, sekali gus menutup tirai pertandingan yang menghimpunkan 25 institusi pendidikan tinggi dari seluruh negara dalam medan perbahasan isu-isu kelestarian alam sekitar.
Kejayaan UMK turut diperkukuhkan apabila Muhammad Haries Husni bin Khalil Husaini dinobatkan sebagai Pendebat Terbaik Liga dan Pendebat Terbaik Akhir.
Majlis perasmian DAS Ke-32 telah disempurnakan oleh Azuri Azizah binti Haji Saedon, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan),Jabatan Alam Sekitar.
Turut bersama selaku tuan rumah pertandingan Prof. Ir. Ts. Dr. Mohd Zamri bin Ibrahim, Naib Canselor UMT dan Prof. Dr. Mohd Izani bin Mohd Zain, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UMT merangkap Pengerusi Majlis Debat Universiti Malaysia (MADUM).
Penganjuran oleh Jabatan Alam Sekitar dengan kerjasama Universiti Malaysia Terengganu, DAS terus menjadi platform intelektual yang memperkasa pemikiran kritis, kemahiran berhujah dan kepimpinan mahasiswa dalam menangani cabaran alam sekitar semasa demi kelestarian negara.
Tahniah kepada semua peserta dan pasukan yang telah menunjukkan komitmen tinggi dalam mengangkat agenda pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.