PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Program Kesedaran

PROGRAM “WORLD FOOD SAFETY, HALAL & EHSS DAY 2026” DI SYARIKAT BESTCAN FOOD TECHNOLOGICAL INDUSTRY SDN. BHD.

JAS PERAK 24/06/2026 1 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PROGRAM “WORLD FOOD SAFETY, HALAL & EHSS DAY 2026” DI SYARIKAT BESTCAN FOOD TECHNOLOGICAL INDUSTRY SDN. BHD.
Tahun
2026
Organisasi
JAS PERAK
Lokasi
JELAPANG

Penerangan

25 Mei 2026, Jelapang, Ipoh, Perak - Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak telah dijemput untuk menjayakan Program “World Food Safety, Halal & EHSS Day 2026” di Syarikat Bestcan Food Technological Industry Sdn. Bhd. JAS Perak diberi peluang untuk menyampaikan ceramah bertajuk Kelestarian Alam yang disampaikan oleh Pegawai Kawalan Kanan Encik Mohd Jamali bin Abd Majid. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan kesedaran tentang isu-isu pengurusan pencemaran alam sekitar kepada semua pekerja di Syarikat Bestcan Food Technological Industry Sdn. Bhd. Selain daripada itu, peserta program turut diingatkan agar sentiasa mematuhi perundangan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 bagi mengelakkan pencemaran alam sekitar daripada terus berlaku. Semoga program ini dapat memupuk dan membina amalan budaya kerja yang sihat dan selamat dalam pemeliharaan alam sekitar. Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak mengucapkan tahniah dan syabas kepada pihak syarikat di atas komitmen dalam mewujudkan kesedaran alam sekitar di kalangan pekerjanya. JAS Perak berharap orang ramai dapat membantu menjadi mata dan telinga JAS dengan melaporkan sebarang kes-kes pencemaran kepada Jabatan Alam Sekitar di talian bebas tol : 1-800-88-2727 atau melalui email e-aduan di eaduan @doe.gov.my. Pemuliharaan Alam Sekitar, Tanggungjawab Bersama