Koleksi Gambar
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- Mesyuarat Majlis Kualiti Alam Sekeliling (EQC) Ke-134 Bil. 1/2026
- Tahun
- 2026
- Organisasi
- Majlis Kualiti Alam Sekeliling (EQC)
Penerangan
Majlis Kualiti Alam Sekeliling (EQC) telah mengadakan Mesyuarat Ke-134 Bil. 1/2026 pada 16 Jun 2026 di Jabatan Alam Sekitar (JAS), Putrajaya yang dipengerusikan oleh YBrs. Dr. Maketab bin Mohamed, Pengerusi EQC.
Mesyuarat turut dihadiri oleh YBhg. Datuk Nor Yahati binti Awang, Timbalan Ketua Setiausaha (Kelestarian Alam), Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES), YBrs. Puan Hajah Azuri Azizah binti Haji Saedon selaku Setiausaha Mesyuarat serta ahli-ahli EQC yang terdiri daripada wakil agensi kerajaan, industri, institusi pengajian tinggi dan pertubuhan berkaitan alam sekitar.
Sebagai badan penasihat kepada YB Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, EQC memainkan peranan penting dalam meneliti serta memberikan syor berkaitan pelaksanaan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 [Akta 127] dan isu-isu alam sekitar negara.
Antara perkara utama yang dibincangkan dalam mesyuarat kali ini ialah cadangan Draf Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Bahan Berbahaya Kepada Alam Sekeliling) serta pembentangan hasil kajian siasatan kualiti air sungai dan status pematuhan industri perlombongan di Lembangan Sungai Perak susulan insiden pencemaran sungai berwarna biru yang berlaku pada November 2025.
Perbincangan ini mencerminkan komitmen berterusan kerajaan dan pihak berkepentingan dalam memperkukuh tadbir urus alam sekitar dalam usaha memastikan pembangunan negara secara mampan dan bertanggungjawab.