Sambutan Utama JAS / Hari Alam Sekitar Negara
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- MESYUARAT GERAK KERJA SAMBUTAN HARI ALAM SEKITAR NEGARA (HASN) PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2026
- Tahun
- 2026
- Organisasi
- Jabatan Alam Sekitar
Penerangan
12 Jun 2026, MELAKA - Telah berlangsung Mesyuarat Gerak Kerja Sambutan Hari Alam Sekitar Negara (HASN) Peringkat Kebangsaan Tahun 2026 di Bilik Mesyuarat Utama, Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka yang dipengerusikan oleh Dr. Pubadi A/L Govindasamy, Setiausaha Bahagian Pengurusan Alam Sekitar, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam.
Mesyuarat turut dihadiri oleh Pengarah Komunikasi Strategik Jabatan Alam Sekitar (JAS) Putrajaya, Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka serta pegawai-pegawai kanan Jabatan serta pegawai JAS Negeri Melaka.
Mesyuarat ini diadakan bagi membincangkan perancangan awal, penyelarasan gerak kerja serta cadangan pengisian program sempena Sambutan Hari Alam Sekitar Negara (HASN) Peringkat Kebangsaan Tahun 2026. Perbincangan turut memberi tumpuan kepada pelaksanaan aktiviti yang berupaya meningkatkan penglibatan pemegang taruh dalam agenda pemeliharaan serta pemuliharaan alam sekitar.