Sambutan Utama JAS / Hari Alam Sekitar Sedunia / World Environment Day (WED)
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak Sempena Hari Alam Sekitar Sedunia 2026
- Tahun
- 2026
- Organisasi
- Bhg. Komunikasi Strategik JAS
Penerangan
4 Jun 2026, Putrajaya- Suasana penuh warna-warni dan ceria mewarnai penganjuran Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak sempena Sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia 2026 anjuran Jabatan Alam Sekitar bertempat di Perpustakaan Jabatan Alam Sekitar Putrajaya.
Program ini berjaya menghimpunkan kanak-kanak yang kreatif dan berbakat dalam menghasilkan karya bertemakan alam sekitar, sekali gus menyemai kesedaran tentang kelestarian alam sekitar.
Pemenang telah menerima hadiah yang disampaikan oleh Pengarah Bahagian Komunikasi Strategik, YBrs. Pn. Nor Aziah binti Jaafar.
Melalui aktiviti seperti ini, Jabatan Alam Sekitar berharap nilai cintakan alam sekitar dapat terus dipupuk dalam kalangan generasi muda agar mereka menjadi ejen perubahan yang bertanggungjawab terhadap kelestarian alam. Semoga program seumpama ini akan terus diperhebatkan bagi bersama-sama kita memelihara alam sekitar demi kesejahteraan generasi kini dan akan datang.