PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar

MAJLIS APRESIASI ERAT EAIC 2026

JAS HQ - BAHAGIAN KOMUNIKASI STRATEGIK 24/06/2026 2 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
MAJLIS APRESIASI ERAT EAIC 2026
Tahun
2026

Penerangan

YBrs. Pn. Hajah Azuri Azizah binti Haji Saedon, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) Menanggung Kerja Ketua Pengarah Alam Sekitar telah menghadiri Majlis Apresiasi ERAT anjuran Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) bertempat di Dewan Damar Sari, Kompleks F8, Putrajaya pada 25 Mei 2026. Majlis penuh gilang-gemilang ini dimulakan dengan ucapan aluan oleh Pengerusi EAIC, YBhg. Tan Sri Dr. Ismail bin Haji Bakar dan dirasmikan oleh Ketua Setiausaha Negara (KSN), YBhg. Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar. Membawa tema ERAT (Encouraging, Responsibility, Accountability & Trustworthiness), majlis ini menjadi simbolik penghargaan tertinggi buat Ketua-Ketua Jabatan Agensi Penguatkuasaan Seliaan EAIC termasuk Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan juga Pengamal Media di atas kerjasama strategik dalam menjadikan integriti sebagai jati diri setiap penjawat awam.