PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti

LAWATAN PELAJAR SARJANA KESIHATAN, FAKULTI PERUBATAN, UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (UPM) KE JABATAN ALAM SEKITAR PUTRAJAYA

JAS HQ - BAHAGIAN KOMUNIKASI STRATEGIK 24/06/2026 1 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
LAWATAN PELAJAR SARJANA KESIHATAN, FAKULTI PERUBATAN, UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (UPM) KE JABATAN ALAM SEKITAR PUTRAJAYA
Tahun
2026
Lokasi
JAS Ibupejabat

Penerangan

22 MEI 2026, PUTRAJAYA – Jabatan Alam Sekitar (JAS) Ibu Pejabat telah menerima kunjungan lawatan sambil belajar oleh pelajar Program Sarjana Kesihatan, Universiti Putra Malaysia (UPM) seramai 19 orang, yang diketuai oleh pensyarah fakulti iaitu Dr. Suhainizam Muhammad Saliluddin. Sesi lawatan sambil belajar yang telah diatur ini sedikit sebanyak dapat memenuhi keperluan kurikulum pengajian mereka. Kedatangan mahasiswa UPM ke pejabat JAS bukanlah sekadar lawatan, tetapi juga merupakan satu peluang untuk memahami peranan dan tanggungjawab JAS dalam menjaga dan memulihara serta memelihara alam sekitar. Sebagai agen utama dalam melaksanakan dasar-dasar alam sekitar negara, JAS yakin lawatan ini akan memberikan pandangan yang berbeza mengenai cabaran dan usaha dalam pemuliharaan alam sekitar demi kelestarian alam sekitar yang kita cintai.