Sambutan Utama JAS / Malaysia – Singapura mengenai Alam Sekitar (WG of MSJCE)
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- KERJASAMA MALAYSIA–SINGAPURA DIPERKUKUH MELALUI MSJCE EG DI SELAT JOHOR
- Tahun
- 2026
- Organisasi
- JAS
Penerangan
MALAYSIA, 20 Mei 2026 – Kerjasama Malaysia dan Singapura dalam pengurusan alam sekitar terus diperkukuh melalui platform Malaysia-Singapore Joint Committee on the Environment Expert Group (MSJCE EG) yang berperanan sebagai platform tahunan perkongsian maklumat, pandangan dan pengalaman berkaitan isu alam sekitar di Selat Johor.
Mesyuarat ini dilaksanakan oleh Malaysia melalui Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan dimulakan dengan pelaksanaan Joint Sampling Exercise di Selat Johor pada 19 Mei 2026 hasil kerjasama JAS Malaysia dan National Environment Agency (NEA) Singapura di bawah MSJCE EG. Program ini turut dihadiri oleh Dr. Mohd Famey Yusoff, Pengarah JAS Negeri Johor; Tuan Rosli Osman, Pengarah Bahagian Air dan Marin, Ibu Pejabat JAS; serta wakil NEA iaitu Puan Tan Li Yen dan Puan Jelita Teper. Joint Sampling Exercise tersebut melibatkan penyertaan pegawai JAS Ibu Pejabat dan JAS Negeri Johor, NEA dan Ministry of Sustainability and the Environment (MSE) Singapura serta kontraktor kedua-dua negara.
Inisiatif ini merupakan susulan kepada pemuktamadan Guidelines for the Joint Seawater Monitoring Programme for the Straits of Johor pada September 2025 bagi memastikan keseragaman dan kebolehpercayaan data pemantauan kualiti air serta memperkukuh kerjasama teknikal di Selat Johor.
Pada 20 Mei 2026, Mesyuarat MSJCE EG telah dipengerusikan bersama oleh Tuan Haji Rosli bin Zul, Pengarah Bahagian Penguatkuasa yang menjalankan tugas Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), JAS, dan Puan Tan Li Yen, Group Director, Clean Environment Group, NEA Singapura.
Mesyuarat ini menumpukan kepada pelaksanaan joint sampling exercise, pemantauan kualiti air di Selat Johor, kerjasama Joint Planning Team (JPT) termasuk pembangunan Standard Operating Procedure (SOP) insiden tumpahan minyak rentas sempadan serta pembangunan kapasiti antara Institut Alam Sekitar Malaysia (EiMAS) dan Singapore Environment Institute (SEI). Turut dimaklumkan perancangan 15th Chemical Spill Exercise 2027, dan hasil perbincangan tersebut akan dilaporkan kepada Mesyuarat MSJCE Working Group akan datang.
Delegasi turut melibatkan pelbagai agensi Malaysia dan Singapura termasuk JAS, NEA, MSE serta agensi berkaitan kedua-dua negara.
Kerjasama ini mencerminkan komitmen berterusan Malaysia dan Singapura dalam melindungi perairan Selat Johor serta memperkukuh pengurusan alam sekitar serantau.