Sambutan Utama JAS / Debat Alam Sekitar (DAS)
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- BENGKEL PANEL HAKIM PERTANDINGAN DEBAT ALAM SEKITAR ANTARA INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI (IPT) KE-32 TAHUN 2026
- Tahun
- 2026
- Organisasi
- JAS
Penerangan
20 MEI 2026, PUTRAJAYA – Jabatan Alam Sekitar (JAS) dengan kerjasama Majlis Debat Universiti Malaysia (MADUM) telah menganjurkan Bengkel Panel Hakim Pertandingan Debat Alam Sekitar antara IPT Ke-32 Tahun 2026 bertempat di The Everly Hotel, Putrajaya. Pertandingan Debat Alam Sekitar Antara IPT ini merupakan acara tahunan dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), MADUM dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Dengan adanya kesinambungan program ini, dapat membuktikan komitmen dan keprihatinan pelajar-pelajar serta pihak pengurusan IPT dalam menangani isu alam sekitar semasa. Debat Alam Sekitar merupakan program yang konsisten serta menjadi rekod debat intervarsiti Bahasa Melayu yang tertua di negara ini. Bengkel panel hakim merupakan kesempatan bagi para hakim untuk memahami format debat yang akan digunakan dalam pertandingan.