PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti ยท Program Kesedaran

SAMBUTAN MENGGALAKKAN PODCAST "MERUNGKAI CABARAN PENGURUSAN ALAM SEKITAR KUALA LUMPUR DAN KELESTARIAN MASYARAKAT BANDAR"

JAS WP KUALA LUMPUR 29/06/2026 1 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
SAMBUTAN MENGGALAKKAN PODCAST "MERUNGKAI CABARAN PENGURUSAN ALAM SEKITAR KUALA LUMPUR DAN KELESTARIAN MASYARAKAT BANDAR"
Tahun
2026
Organisasi
JAS Ibu Pejabat
Lokasi
JAS Ibu Pejabat, Putrajaya

Penerangan

19 JUN 2026, PUTRAJAYA - Siaran podcast anjuran Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAS WPKL) telah mendapat sambutan yang amat memberangsangkan daripada masyarakat! Sesi ini menampilkan: -Moderator: Puan Hajah Zuraini binti Haji Ahmad Tajudin (Pengarah JAS WPKL) -Panel 1: Puan Shafariza binti Shamsudin (Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan) -Panel 2: Puan Mehrani binti Saharudin (Ketua Penolong Pengarah Bahagian Operasi) Dalam tempoh hanya 6 jam selepas siaran, podcast ini telah merekodkan pencapaian hebat: -Lebih 36,700 tontonan di Facebook -622 tontonan di YouTube -Lebih 3,000 pendaftaran Pencapaian ini membuktikan tingginya keprihatinan masyarakat terhadap kelestarian bandar. Perkongsian ini juga berjaya membuka ruang perbincangan yang luas serta meningkatkan kesedaran tentang peranan kita dalam memastikan pembangunan Kuala Lumpur yang mampan. JAS WPKL merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada anda semua yang telah mendaftar, mengikuti siaran secara langsung, dan share kandungan ini. Sokongan anda adalah pemangkin untuk kami terus memperkukuh usaha pendidikan alam sekitar.