PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar

LAWATAN AHLI JAWATANKUASA KAJIAN SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN (EAIC) KE TERMINAL PANGKALAN KONTENA BUTTERWORTH UTARA

JAS PULAU PINANG 29/06/2026 1 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
LAWATAN AHLI JAWATANKUASA KAJIAN SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN (EAIC) KE TERMINAL PANGKALAN KONTENA BUTTERWORTH UTARA
Tahun
2026
Organisasi
Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC)
Lokasi
Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC)

Penerangan

Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) bersama Ahli Jawatankuasa Kajian Penguatkuasaan EAIC yang diketuai oleh Setiausaha/Ketua Pegawai Eksekutif, Puan Asliza binti Ali, telah mengadakan lawatan ke Pangkalan Kontena Butterworth Utara (PKBU) bagi menghadiri sesi perbincangan serta lawatan lapangan di terminal tersebut. Lawatan ini turut disertai oleh Pengarah Kastam Negeri Pulau Pinang, Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Pulau Pinang serta Komander Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Pulau Pinang. Sesi ini merupakan sebahagian daripada inisiatif strategik EAIC dalam melaksanakan kajian lapangan bagi menilai tahap keberkesanan pelaksanaan prosedur operasi sedia ada, di samping mendapatkan gambaran secara langsung daripada pihak pelaksana di lapangan. Pendekatan ini penting untuk memastikan dapatan kajian lebih komprehensif, berfakta dan berasaskan situasi operasi sebenar, seterusnya menyokong usaha penambahbaikan tadbir urus serta integriti penguatkuasaan. Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang telah diwakili oleh Pengurus Keselamatan & Kebombaan, Penolong Pengurus Zon Bebas Komersial serta Pegawai Kargo Berbahaya.