PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Program Kesedaran

MAJLIS PELANCARAN HARI ALAM SEKITAR SEDUNIA TAHUN 2026 NEGERI KEDAH SEMPENA STML GREEN CARNIVAL UUM, SINTOK

JAS KEDAH 29/06/2026 2 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
MAJLIS PELANCARAN HARI ALAM SEKITAR SEDUNIA TAHUN 2026 NEGERI KEDAH SEMPENA STML GREEN CARNIVAL UUM, SINTOK
Tahun
2026
Organisasi
Fakulti Pengurusan Teknologi dan Logistik, (STML) UUM Sintok
Lokasi
Dewan Seminar C, Fakulti Pengurusan Teknologi dan Logistik, (STML) UUM Sintok

Penerangan

Majlis pelancaran Hari Alam Sekitar Sedunia 2026 Negeri Kedah telah disempurnakan oleh YBrs Puan Sharifah Zakiah binti Syed Sahab Pengarah JAS Kedah seperti berikut: ?? Tarikh: 23 Jun 2026 (Selasa) ? Masa: 9.00 pagi ?? Tempat: Dewan Seminar C, Fakulti Pengurusan Teknologi dan Logistik, (STML) UUM Sintok Turut hadir merancakkan kemeriahan Sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia adalah Prof Madya Dr Mohammad Azam bin Hussain, Pengarah Pusat Pengurusan Penyelidikan, Universiti Utara Malaysia, Prof Madya Ts Dr Mohd Kamarul Irwan bin Abdul Rahim, Dekan Pusat Pengajian Pengurusan Teknologi dan Logistik UUM dan Che Abdul Khalid bin Md Din, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Bina Darulaman Berhad serta warga Universiti, agensi kerajaan dan mahasiswa UUM. Majlis ini diadakan bagi menyemarakkan agenda kelestarian alam sekitar serta meningkatkan kesedaran masyarakat khususnya warga kampus UUM, Sintok terhadap kepentingan memelihara alam demi kesejahteraan generasi masa hadapan. STML merupakan antara pusat pengajian di UUM yang turut mengangkat elemen kelestarian dalam pendidikan dan aktiviti kampus. Pada sebelah petang, Pengarah JAS Kedah turut dijemput sebagai panel dalam forum 'Smart Solution, Green Future Forum' yang membincangkan pendekatan dan penyelesaian pintar ke arah pembangunan mampan serta masa depan yang lebih hijau Semoga penganjuran ini dapat terus menyemarakkan semangat cintakan alam sekitar dan memperkukuhkan kerjasama strategik antara pelbagai pihak dalam merealisasikan agenda kelestarian negara ? "Inspired by Nature, For Climate, For Our Future" ?