PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL (EDL) Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Program Kesedaran

PROGRAM CEPA DAN HANDS-ON PTO GAMBUT BERSAMA PEMIMPIN KOMUNITI DAERAH BEAUFORT DAN KUALA PENYU SEMPENA HARI ALAM SEKITAR SEDUNIA 2026

JAS SABAH 27/08/2026 23 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PROGRAM CEPA DAN HANDS-ON PTO GAMBUT BERSAMA PEMIMPIN KOMUNITI DAERAH BEAUFORT DAN KUALA PENYU SEMPENA HARI ALAM SEKITAR SEDUNIA 2026
Tahun
2026
Tarikh Keluaran
27/06/2026
Organisasi
Pusat Luar Hutan Paya Gambut Klias
Lokasi
Pusat Luar Hutan Paya Gambut Klias

Penerangan

Tarikh: 27 Jun 2026 (Sabtu) Masa: 0800 - 1630 Tempat: Pusat Luar Hutan Paya Gambut Klias. Perasmi: YB DATUK ISNIN BIN HAJI ALIASNIH @ LIASNIH, Adun N.32 Klias Kehadiran agensi kerajaan: 1. JAS Sabah 2. JMG Sabah 3. JBPM 4. Jabatan Perhutanan Sabah, SMPEM 5. Pejabat Daerah Beaufort dan Kuala Penyu 6. Pejabat Kesihatan daerah Beaufort 7. JaPEN Sabah 8. Jabatan Pertanian Daerah Beaufort 9. APM 10. Pemimpin kampung Ringkasan Program: 4 ceramah dari: 1. JAS Sabah - Pelaksanaan PTO Tanah Gambut, PTPTK dan PTJK; 2. Jabatan Perhutanan Sabah - Pengurusan Kebakaran Hutan Gambut; 3. MDB - Pengurusan Sisa pepejal; 4. JBPM - Pencegahan dan Kawalan Kebakaran di Tanah Gambut. Tujuan Program: 1. Menyampaikan maklumat melalui aktiviti hands-on Prosedur Tetap Operasi (PTO) Tanah Gambut kepada agensi dan pegawai berkaitan supaya sentiasa siap siaga menghadapi kejadian kebakaran kawasan gambut. 2. Menyampaikan maklumat mengenai Undang-Undang Alam Sekitar dan kesan pencemaran alam sekitar akibat pembakaran terbuka melalui penganjuran program CEPA ke semua peringkat lapisan masyarakat; 3. Menyampaikan mesej larangan pembakaran terbuka di kawasan yang sensitif dan kawasan berisiko berlaku kebakaran (kawasan tanah gambut) melalui pelaksanaan dengan pelbagai aktiviti; 4. Menyampaikan mesej dan berkongsi ilmu pengetahuan mengenai penilaian kualiti alam sekitar terutama kualiti udara berdasarkan sistem dan aplikasi pemantauan yang digunapakai oleh jabatan; 5. Menerapkan rasa tanggungjawab serta pemilikan (ownership) kepada masyarakat dan pemain industri pertanian terhadap kawasan tanah gambut dan kawasan sering terbakar serta penjagaan kualiti alam sekitar; dan 6. Mendidik rasa tanggungjawab di kalangan pemimpin kampung dan komuniti dalam bersama-sama memelihara dan memulihara alam sekitar untuk kesejahteraan generasi akan datang. Sekian. Terima kasih kepada semua urusetia terlibat