PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL (EDL) Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Program Kesedaran

PENYERTAAN JABATAN ALAM SEKITAR DALAM PROGRAM ESTREAMIC GREATEST ONE DAY CARNIVAL (E-GODAC)

JAS SABAH 27/08/2026 24 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PENYERTAAN JABATAN ALAM SEKITAR DALAM PROGRAM ESTREAMIC GREATEST ONE DAY CARNIVAL (E-GODAC)
Tahun
2026
Tarikh Keluaran
27/06/2026
Organisasi
SMK Kuhara Tawau
Lokasi
SMK Kuhara Tawau

Penerangan

Tawau, 27 Jun 2026 – Jabatan Alam Sekitar (JAS) Cawangan Tawau telah menyertai Program Estreamic Greatest One Day Carnival (E-GODAC) yang berlangsung di Dewan Al-Farabi, SMK Kuhara Tawau. Program ini menghimpunkan pelajar, guru, agensi kerajaan serta rakan strategik bagi memupuk minat terhadap bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM), di samping meningkatkan kesedaran mengenai pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar. Sepanjang program berlangsung, JAS Cawangan Tawau telah mengadakan pameran serta berkongsi maklumat berkaitan peranan Jabatan dalam melaksanakan penguatkuasaan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, usaha-usaha pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar, pengurusan buangan terjadual serta amalan kelestarian yang boleh diamalkan dalam kehidupan seharian. Program ini turut dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti menarik seperti pameran STEM, pertandingan, demonstrasi, pembentangan projek inovasi serta perkongsian ilmu yang memberi pendedahan kepada para pelajar mengenai kepentingan inovasi, teknologi dan kelestarian dalam membentuk generasi yang lebih kreatif, berdaya saing serta bertanggungjawab terhadap alam sekitar. Semoga program seperti ini dapat terus menjadi platform yang berkesan dalam melahirkan generasi muda yang berilmu, inovatif dan peka terhadap kepentingan memelihara alam sekitar demi kesejahteraan bersama. #NRES #jabatanalamsekitar #alamsekitartanggungjawabbersama #jassabah_jun2026 #EGODAC-STEM