Koleksi Gambar / Program Penguatkuasaan
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- OPERASI BERSEPADU JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI SARAWAK BERSAMA BAHAGIAN SIASATAN DAN PENGUATKUASAAN TRAFIK (BSPT), PDRM
- Tahun
- 2026
- Organisasi
- JAS Sarawak
- Lokasi
- Kuching, Sarawak
Penerangan
Jabatan Alam Sekitar (JAS) Sarawak telah menjalankan Operasi Bersepadu Pelepasan Asap Hitam dan Pelepasan Enjin Petrol bersama Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT), Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada 24 Jun 2026 di Jalan 65.8 Telok Melano-Sematan dan Ops Catat di Jalan KM6, Jalan Kampung Setunggang.
Operasi ini melibatkan seramai empat (4) orang pegawai JAS Sarawak dan empat (4) orang anggota BSPT. Penguatkuasaan tertumpu kepada pelepasan asap hitam daripada kenderaan berenjin diesel di bawah Peraturan 11(1), Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan daripada Enjin Diesel) 1996, serta pelepasan daripada kenderaan berenjin petrol di bawah Peraturan 11, Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan daripada Enjin Petrol) 1996.
Sepanjang operasi dijalankan, JAS Sarawak telah menjalankan ujian visual terhadap sebanyak 114 buah kenderaan berenjin diesel dan 56 buah kenderaan berenjin petrol daripada pelbagai jenis kenderaan. Daripada jumlah tersebut, satu (1) buah kenderaan diesel telah diuji menggunakan meter asap, manakala lima (5) buah kenderaan petrol telah diuji menggunakan meter gas. Hasil pemeriksaan mendapati satu (1) notis telah dikeluarkan di bawah Seksyen 48A, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 yang mana memerlukan kenderaan tersebut menjalani kerja-kerja pembaikan dan perlu hadir semula di kemudahan PUSPAKOM berhampiran untuk ujian semula.