PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Program Penguatkuasaan

OPERASI BERSEPADU JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI SARAWAK BERSAMA BAHAGIAN SIASATAN DAN PENGUATKUASAAN TRAFIK (BSPT), PDRM

JAS SARAWAK 30/06/2026 2 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
OPERASI BERSEPADU JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI SARAWAK BERSAMA BAHAGIAN SIASATAN DAN PENGUATKUASAAN TRAFIK (BSPT), PDRM
Tahun
2026
Organisasi
JAS Sarawak
Lokasi
Kuching, Sarawak

Penerangan

Jabatan Alam Sekitar (JAS) Sarawak telah menjalankan Operasi Bersepadu Pelepasan Asap Hitam dan Pelepasan Enjin Petrol bersama Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT), Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada 23 Jun 2026 di Jalan Bako menghala ke Kuching. Operasi ini melibatkan seramai lima (5) orang pegawai JAS Sarawak dan lapan (?? orang anggota BSPT. Penguatkuasaan tertumpu kepada pelepasan asap hitam daripada kenderaan berenjin diesel di bawah Peraturan 11(1), Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan daripada Enjin Diesel) 1996, serta pelepasan daripada kenderaan berenjin petrol di bawah Peraturan 11, Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan daripada Enjin Petrol) 1996. Sepanjang operasi dijalankan, JAS Sarawak telah menjalankan ujian visual terhadap sebanyak 225 buah kenderaan berenjin diesel dan sebanyak 125 buah kenderaan berenjin petrol dari pelbagai jenis kenderaan. Daripada jumlah tersebut, dua (2) buah kenderaan diesel telah diuji menggunakan meter asap, manakala tiga (3) buah kenderaan petrol telah diuji menggunakan meter gas. Hasil pemeriksaan mendapati semua kenderaan yang diuji mematuhi had pelepasan yang ditetapkan. Oleh yang demikian, tiada sebarang notis atau tindakan penguatkuasaan telah dikeluarkan sepanjang operasi tersebut.