PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar

KURSUS CONTINUOUS EMISSION MONITORING SYSTEM (CEMS)/ PREDICTIVE EMISSION MONITORING SYSTEM (PEMS)

JAS NEGERI SEMBILAN 30/06/2026 2 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
KURSUS CONTINUOUS EMISSION MONITORING SYSTEM (CEMS)/ PREDICTIVE EMISSION MONITORING SYSTEM (PEMS)
Tahun
2026
Organisasi
JASNS
Lokasi
SEREMBAN

Penerangan

29 Jun 2026, Seremban - Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sembilan telah menjemput khas Dr. Ts. ChM. Anuar bin Ishak untuk meyampaikan Kursus berkenaan Continuous Emission Monitoring System (CEMS)/Predictive Emission Monitoring System (PEMS) kepada kakitangan teknikal JAS Negeri Sembilan. Kursus ini memberikan pendedahan berkenaan teknologi CEMS ke atas premis industri tertentu dan data yang dicerap akan dihantar terus ke JAS untuk memastikan pematuhan piawaian kualiti udara. Selain daripada itu, kakitangan JAS Negeri Sembilan turut didedahkan dengan pemantauan pelepasan melalui sistem Continuous Emission Monitoring System itu sendiri di dalam sesi praktikal kursus tersebut bagi pematuhan Peraturan 17, Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih) 2014. Objektif penganjuran kursus ini adalah untuk melahirkan pegawai yang mahir yang berperanan untuk memantau dan memastikan industri mematuhi had pelepasan yang telah ditetapkan di dalam Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS) 1974 dan Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih) 2014