Koleksi Gambar
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- CERAMAH BERKENAAN HOUSE HOLD E-WASTE DAN PEMATUHAN AKAS 1974 SERTA PERATURAN DI BAWAHNYA KEPADA EDRA ENERGY SDN BHD
- Tahun
- 2026
- Organisasi
- EDRA ENERGY SDN BHD
- Lokasi
- PORT DICKSON
Penerangan
30 Jun 2026, Port Dickson – Jemputan ceramah oleh EDRA Enegry Sdn Bhd adalah bersempena Safety, Health and Environment Month.
Tajuk ceramah adalah berkenaan pengurusan pelupusan house hold e-waste dalam memberi kesedaran bahawa pengurusan e-waste (sisa elektronik) dengan cara yang betul amat penting untuk melindungi alam sekitar dan kesihatan manusia. E-waste merujuk kepada peralatan elektrik dan elektronik yang sudah rosak atau tidak digunakan lagi, seperti telefon bimbit, komputer, TV, peti sejuk, penghawa dingin, dan mesin basuh/ pengering.
Para peserta diberikan pendedahan berkaitan kepentingan pengurusan pelupusan yang betul. Antara kebaikan yang akan diperolehi ialah melindungi kesihatan manusia, mengurangkan pencemaran alam sekitar, menjimatkan sumber melalui kitar semula logam berharg dan mengelakkan pembaziran sumber elektronik yang masih boleh digunakan. Selain daripada itu, usaha membudayakan ‘cradle to cradle’ akan terus diamalkan dalam meminimakan penghasilan buangan terjadual melalui proses pemerolehan kembali.
Tajuk kedua adalah berkenaan pematuhan AKAS 1974 dan peraturan-peraturan di bawahnya bagi mencegah dan mengawal pencemaran, memelihara ekosistem negara, serta memastikan kelestarian alam sekitar. Ia merupakan instrumen perundangan utama yang memulihara alam sekitar dan memastikan operasi perindustrian mematuhi piawaian yang telah ditetapkan.