Koleksi Gambar / Program Kesedaran
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- PROGRAM CERAMAH MAAL HIJRAH 1448H / 2026M
- Tahun
- 2026
- Organisasi
- Jas Negeri Pahang dengan kerjasama KASPA
- Lokasi
- Bilik Mesyuarat Anggerik Jas Pahang
Penerangan
CERAMAH MAAL HIJRAH 1448H
Sempena sambutan Maal Hijrah 1448H, satu ceramah khas telah disampaikan oleh Ustaz Ahmad Amirul Amir Bin Azizan yang bertajuk “Menghayati Peristiwa Hijrah Rasulullah SAW”.
Ceramah ini memberi penekanan kepada penghayatan terhadap peristiwa hijrah Rasulullah SAW sebagai satu titik perubahan yang penuh dengan pengorbanan, kecekalan, kesabaran dan kebergantungan kepada Allah SWT. Warga yang hadir turut diajak untuk mengambil iktibar daripada peristiwa tersebut serta menyemarakkan semangat hijrah dalam kehidupan seharian dengan melakukan perubahan ke arah yang lebih baik.
Semoga pengisian ini menjadi inspirasi kepada semua untuk terus memperbaiki diri, memperkukuhkan nilai integriti, meningkatkan amal ibadah serta membentuk peribadi yang lebih cemerlang demi memperoleh keberkatan dan keredaan Allah SWT.