Koleksi Gambar
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- Kelestarian bukan pilihan, tetapi tanggungjawab bersama
- Tahun
- 2026
- Organisasi
- Jabatan Alam Sekitar (JAS)
- Lokasi
- Jabatan Alam Sekitar (JAS)
Penerangan
Kelestarian bukan pilihan, tetapi tanggungjawab bersama.
Industri hari ini berdepan cabaran yang semakin kompleks dalam pengurusan alam sekitar sama ada dari segi pematuhan perundangan hingga pelaksanaan amalan terbaik yang mampan.
Justeru, Simposium Pengurusan Alam Sekitar: “Kelestarian Alam Sekitar: Tanggungjawab Kita Bersama” hadir sebagai platform eksklusif yang menghimpunkan pihak industri, juru perunding, akademia dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) untuk berkongsi pandangan, pengalaman serta strategi terkini dalam menangani isu-isu alam sekitar secara lebih efektif.
Sertai kami untuk mendapatkan insight terkini, memperkukuh jaringan profesional dan meneroka solusi praktikal yang boleh terus diaplikasikan dalam operasi organisasi anda dan seterusnya meningkatkan pematuhan terhadap Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
Tempat adalah terhad, daftar sekarang di pautan ( https://q.me-qr.com/6tqxyw6d ) dan jadilah sebahagian daripada perubahan.