PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar

HEBAHAN

JAS PULAU PINANG 30/06/2026 1 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
HEBAHAN
Tahun
2026
Organisasi
Jabatan Alam Sekitar
Lokasi
Jabatan Alam Sekitar

Penerangan

Jabatan Alam Sekitar merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada dua buah sekolah dari Negeri Kelantan atas kejayaan cemerlang dalam Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar (SLAAS) Peringkat Negeri Kelantan Sesi 2025/2026. ?? Sekolah Kebangsaan Beris Lalang, Bachok ?? Pemenang Kategori Sekolah Kebangsaan ?? Sekolah Menengah Kebangsaan Badang, Kota Bharu ?? Pemenang Kategori Sekolah Menengah Kejayaan ini membuktikan komitmen tinggi pihak pengurusan sekolah, guru, murid serta komuniti dalam menerapkan budaya kelestarian alam sekitar melalui pelaksanaan pelbagai program dan amalan hijau di peringkat sekolah. Jabatan Alam Sekitar Negeri Kelantan turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan tahniah kepada semua sekolah yang telah menyertai penilaian SLAAS Peringkat Negeri Kelantan Sesi 2025/2026. Penyertaan dan usaha berterusan setiap sekolah dalam membudayakan pendidikan alam sekitar serta amalan kelestarian merupakan satu langkah penting ke arah melahirkan generasi yang lebih bertanggungjawab terhadap pemeliharaan alam sekitar. Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada seluruh institusi pendidikan di Negeri Kelantan untuk terus memperkasa usaha pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar serta memperluaskan pelaksanaan amalan hijau secara menyeluruh. Tahniah dan syabas kepada semua sekolah yang telah mengambil bahagian. Bersama-sama kita membentuk sekolah lestari demi kelestarian alam sekitar untuk generasi akan datang.