Koleksi Gambar / Program Kesedaran
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- PAMERAN SEMPENA PROGRAM HARI SUSU SUBSIDI PERINGKAT KEBANGSAAN 2026
- Tahun
- 2026
- Organisasi
- SK KAMPUNG RAJA, CAMERON HIGHLAND
- Lokasi
- SK KAMPUNG RAJA, CAMERON HIGHLAND
Penerangan
Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Pahang telah menerima jemputan daripada Sekolah Kebangsaan Kampung Raja, Cameron Highlands untuk menyertai Program Hari Susu Subsidi Peringkat Kebangsaan 2026 menerusi penganjuran booth pameran yang bertemakan pemeliharaan dan kelestarian alam sekitar.
Sepanjang program berlangsung, JAS Negeri Pahang telah berkongsi pelbagai maklumat berkaitan kepentingan menjaga alam sekitar, amalan pengurusan sisa yang baik serta usaha memupuk kesedaran terhadap tanggungjawab setiap individu dalam memelihara kebersihan dan kelestarian alam sekitar.
Bagi memberikan pengalaman pembelajaran yang lebih interaktif, para murid turut berpeluang merasai pengalaman Realiti Maya (Virtual Reality - VR) yang memaparkan elemen-elemen berkaitan pemeliharaan alam sekitar. Aktiviti ini berjaya menarik minat murid serta memberikan pendedahan secara lebih kreatif, menyeronokkan dan berkesan mengenai kepentingan menjaga alam sekitar.
Penyertaan JAS Negeri Pahang dalam program ini diharapkan dapat menyemai kesedaran serta memupuk budaya mencintai alam sekitar dalam kalangan murid, guru dan komuniti setempat. Pendidikan alam sekitar sejak usia muda merupakan langkah penting dalam melahirkan generasi yang lebih peka, bertanggungjawab dan komited terhadap usaha memelihara kelestarian alam sekitar demi kesejahteraan bersama.