Koleksi Gambar
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- Pameran Jabatan Alam Sekitar di Hari Kokurikulum SMK Sama Gagah
- Tahun
- 2026
- Organisasi
- SMK Sama Gagah
- Lokasi
- SMK Sama Gagah
Penerangan
Pada 27 Jun 2026, Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Pulau Pinang telah menerima jemputan untuk mengadakan pameran sempena Hari Kokurikulum di SMK Sama Gagah.
Pameran yang dikendalikan oleh Unit Pendidikan & Pengawasan ini bertujuan meningkatkan kesedaran dan pengetahuan warga sekolah mengenai kepentingan pemeliharaan serta pemuliharaan alam sekitar. Pelbagai bahan pameran dan informasi berkaitan isu-isu alam sekitar telah dipamerkan bagi memberi pendedahan kepada para pelajar tentang peranan mereka dalam menjaga kelestarian alam.
Sambutan yang diberikan oleh para pelajar dan guru amat menggalakkan serta menunjukkan minat yang tinggi terhadap usaha-usaha pemeliharaan alam sekitar. Program seperti ini diharapkan dapat menyemai sikap cintakan alam sekitar dan membentuk generasi yang lebih bertanggungjawab terhadap kelestarian alam demi kesejahteraan masa hadapan.
Terima kasih kepada pihak SMK Sama Gagah atas jemputan dan kerjasama yang diberikan.