PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar

Pameran Jabatan Alam Sekitar di Hari Kokurikulum SK Bagan Ajam

JAS PULAU PINANG 30/06/2026 1 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
Pameran Jabatan Alam Sekitar di Hari Kokurikulum SK Bagan Ajam
Tahun
2026
Organisasi
SK Bagan Ajam
Lokasi
SK Bagan Ajam

Penerangan

Pada 27 Jun 2026, Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Pulau Pinang telah menerima jemputan untuk menyertai Pameran Hari Kokurikulum di Sekolah Kebangsaan Bagan Ajam. Pameran ini telah dijayakan dengan kerjasama Unit Pendidikan & Pengawasan serta Unit Kenderaan Bergerak (Mobile Unit) JAS bagi meningkatkan kesedaran alam sekitar dalam kalangan murid, guru dan warga sekolah. Antara aktiviti menarik yang disediakan ialah: Pemeriksaan asap dan bunyi kenderaan bagi memberi pendedahan mengenai kepentingan penyelenggaraan kenderaan serta kawalan pencemaran udara dan bunyi. Pengalaman Realiti Maya (VR) yang membolehkan murid-murid meneroka isu-isu alam sekitar secara interaktif dan menyeronokkan. Terima kasih kepada pihak SK Bagan Ajam atas jemputan dan sambutan yang amat menggalakkan. Semoga usaha sebegini dapat terus menyemai kesedaran serta membudayakan amalan menjaga alam sekitar dalam kalangan generasi muda demi kelestarian alam untuk masa hadapan.