Koleksi Gambar
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- Pameran Jabatan Alam Sekitar Negeri Pulau Pinang di SMK (P) Sri Mutiara
- Tahun
- 2026
- Organisasi
- SMK (P) Sri Mutiara
- Lokasi
- SMK (P) Sri Mutiara
Penerangan
Pada 24 Jun 2026, Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Pulau Pinang telah menerima jemputan untuk menyertai Pameran Pendidikan yang berlangsung di SMK (P) Sri Mutiara, Pulau Pinang.
Penyertaan JAS melalui Unit Pendidikan & Pengawasan bertujuan untuk meningkatkan kesedaran warga sekolah mengenai kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar serta memperkenalkan peranan JAS dalam mengawal dan melindungi kualiti alam sekitar negara.
Pameran ini turut disertai oleh pelbagai agensi kerajaan seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta beberapa agensi lain, sekali gus memberikan peluang kepada para pelajar untuk mengenali fungsi dan peranan setiap agensi melalui pelbagai pameran serta aktiviti interaktif yang disediakan.
Terima kasih kepada pihak SMK (P) Sri Mutiara atas jemputan dan layanan yang diberikan. Semoga program seperti ini dapat terus memupuk kesedaran dan tanggungjawab dalam kalangan generasi muda untuk bersama-sama memelihara alam sekitar demi kesejahteraan masa hadapan.