PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL (EDL) Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Program Penguatkuasaan

SESI LIBAT URUS BIRO PENGADUAN AWAM (BPA) BERSAMA JABATAN ALAM SEKITAR (JAS) CAWANGAN TAWAU

JAS SABAH 27/08/2026 39 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
SESI LIBAT URUS BIRO PENGADUAN AWAM (BPA) BERSAMA JABATAN ALAM SEKITAR (JAS) CAWANGAN TAWAU
Tahun
2026
Tarikh Keluaran
29/06/2026
Organisasi
Biro Pengaduan Awam (BPA) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) Cawangan Tawau
Lokasi
Gudang Penyimpanan Kayu di Daerah Tawau

Penerangan

Tawau, 29 Jun 2026 – Biro Pengaduan Awam (BPA) telah mengadakan Sesi Libat Urus bersama Jabatan Alam Sekitar (JAS) Cawangan Tawau di sebuah gudang penyimpanan kayu di Tawau. Sesi ini bertujuan mengukuhkan kerjasama antara agensi dalam memastikan pematuhan terhadap perundangan alam sekitar serta membincangkan isu-isu berkaitan aduan awam yang diterima pihak BPA terhadap premis. Sepanjang sesi berlangsung, pihak JAS Cawangan Tawau bersama wakil BPA telah mengadakan lawatan ke kawasan gudang bagi meninjau keadaan operasi dan pengurusan premis. Perbincangan turut diadakan berhubung aspek pematuhan kepada Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, langkah-langkah kawalan pencemaran serta amalan pengurusan alam sekitar yang baik. Sesi libat urus ini turut menjadi platform untuk bertukar pandangan, berkongsi maklumat dan memperkukuhkan hubungan kerjasama antara agensi dalam usaha meningkatkan tahap pematuhan alam sekitar serta memastikan sebarang isu yang berbangkit dapat ditangani secara berkesan dan proaktif. Semoga kerjasama strategik seperti ini dapat diteruskan dalam memperkukuhkan tadbir urus alam sekitar serta memastikan kelestarian alam sekitar sentiasa terpelihara demi kesejahteraan masyarakat. #NRES #jabatanalamsekitar #alamsekitartanggungjawabbersama #jassabah_jun2026