PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Program Penguatkuasaan

OPERASI BERSEPADU PELEPASAN ASAP HITAM DARI KENDERAAN BERMOTOR (OPS GERAK) DI CHANGKAT JERING

JAS PERAK 01/07/2026 2 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
OPERASI BERSEPADU PELEPASAN ASAP HITAM DARI KENDERAAN BERMOTOR (OPS GERAK) DI CHANGKAT JERING
Tahun
2026
Organisasi
JAS PERAK
Lokasi
CHANGKAT JERING

Penerangan

29 Jun 2026, Changkat Jering - Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak bersama Polis Diraja Malaysia (IPD) Manjung telah menjalankan Operasi Bersepadu bagi Pelepasan Asap Hitam Dari Kenderaan Bermotor bertempat di KM84.5, Jalan Kampung Koh, Changkat Jering. Sepanjang Ops gerak ini berlangsung sebanyak 1 kompaun telah dikeluarkan bagi kesalahan melepaskan asap hitam melebihi had ditetapkan mengikut Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Diesel) 1996. Selain itu, 2 Notis Arahan di bawah Seksyen 48A, AKAS 1974 juga telah dikeluarkan kepada pemilik kenderaan yang terbabit bagi menjalani ujian semula. Jabatan Alam Sekitar menyeru pemilik kenderaan khasnya pemilik kenderaan berenjin diesel untuk sentiasa memastikan kenderaan diselenggara secara berkala dan melakukan pemeriksaan di Puspakom bagi memastikan kenderaan sentiasa berada dalam keadaan selamat dan tidak melepaskan pencemar udara yang mengancam kualiti alam sekitar dan kesihatan orang ramai. #NRES #hariozonsedunia2026 #Beatplasticpollution #jabatanalamsekitar #jasperak_jun2026 #Harialamsekitarsedunia #alamsekitartanggungjawabbersama #perakbumilestari