Koleksi Gambar / Program Kesedaran
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- KARNIVAL INISIATIF HIJAU "KOSONGKAN TANGKI SEPTIK & PERANGKAP LEMAK, MINYAK DAN GRIS (FOG) LINDUNGI ALAM SEKITAR"
- Tahun
- 2026
- Organisasi
- iwk manjung
- Lokasi
- manjung
Penerangan
30 Jun 2026, Manjung - Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak dijemput untuk hadir Karnival Inisiatif Hijau" Kosongkan Tangki Septik & Perangkap Lemak, Minyak & Gris (FOG) Lindungi Alam Sekitar" anjuran Indah Water Konsortium untuk pelanggan premis kerajaan, komersial dan industri di sekitar Seri Manjung, Lumut, Perak. Program ini diadakan bagi menyokong Pelan Kelestarian Alam Sekitar di Malaysia 2020-2030.
Puan Nor Liza Binti Yen, Penolong Pengarah Kanan (Cawangan Teluk Intan) JAS Perak telah memberi taklimat bertajuk Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, Peraturan-Peraturan, Kaedah-Kaedah & Perintah-Perintah (Pelupusan & Melupuskan Enap Cemar keatas Tanah) dan Isu-Isu Pencemaran Pembentungan di sekitar Daerah Manjung. Jabatan juga dijemput sebagai salah satu pempamer reruai dengan pameran berkaitan "Apa Itu E-Waste! dan Kesedaran Pembakaran Terbuka.
Program pendidikan dan kesedaran pengurusan 'E-Waste' ini merupakan salah satu usaha JAS untuk memberikan kesedaran kepada masyarakat agar bersama-sama memulihara alam sekitar selaras dengan slogan JAS iaitu “Alam Sekitar, Tanggungjawab Bersama”.
??E-Waste dikitar, Bumi Terpelihara
#NRES
#hariozonsedunia2026
#Beatplasticpollution
#jasperak_jun2026
#Harialamsekitarsedunia
#alamsekitartanggungjawabbersama