PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Bengkel · Kursus

JELAJAH FORENSIK ALAM SEKITAR JAS 2026 ZON TENGAH

JAS PERAK 01/07/2026 3 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
JELAJAH FORENSIK ALAM SEKITAR JAS 2026 ZON TENGAH
Tahun
2026
Organisasi
JAS IBU PEJABAT
Lokasi
JAS PERAK

Penerangan

Sesi Jelajah Forensik Alam Sekitar bagi Zon Tengah telah dianjurkan oleh JAS Ibu Pejabat bertempat di Wisma Kelestarian Alam JAS Negeri Perak pada 23 – 24 Jun 2026. Sesi jelajah ini melibatkan penyertaan pegawai - pegawai dari JAS Negeri Perak, JAS Negeri Pahang dan JAS Negeri Terengganu dengan keseluruhan penglibatan seramai lebih kurang 50 orang pegawai. Inisiatif pemantapan kapasiti siasatan forensik alam sekitar ini adalah bertujuan untuk meningkatkan kompetensi pegawai dalam pegendalian peralatan forensic Jabatan , menyeragamkan pendekatan siasatan forensik lapangan dan kerjasama rentas negeri. Pengendalian peralatan teknologi forensik moden ini akan memperkukuhkan penyiasatan forensik dalam pencemaran alam sekitar. Jelajah Forensik Alam Sekitar ini turut mendedahkan pegawai-pegawai dengan pengendalian secara praktikal melalui lawatan teknikal di premis terpilih. Peserta telah diberi peluang secara terus untuk menggunakan peralatan-peralatan forensik termasuklah Threat ID dan Gemini Handheld Integrated Raman and FTIR Spectrometer di samping bimbingan secara terus daripada pakar peralatan tersebut. Siri Jelajah ini diharap akan meningkatkan kompetensi pegawai dalam penyiasatan forensik pencemaran alam sekitar berasaskan bukti saintifik dan teknologi forensik moden.