Koleksi Gambar / Program Kesedaran
Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- PROGRAM MY BRIGHTER GREEN - FOR GREENER TOMORROW 2026
- Tahun
- 2026
- Organisasi
- TNB
- Lokasi
- PANTAI REMIS
Penerangan
Pantai Remis, 30 Jun 2026 – Satu Program Penanaman Pokok Bakau telah dianjurkan oleh TNB dan Jabatan Hutan Negeri Perak bertempat di Tanjung Burung, Pantai Remis yang turut disertai oleh Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak.
Program ini menghimpunkan seramai 150 peserta yang terdiri daripada warga kerja TNB serta komuniti setempat bagi menjayakan aktiviti penanaman anak pokok bakau. Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada sasaran jangka panjang untuk menanam 25,000 anak pokok bakau secara berperingkat
Tujuan utama program ini dilaksanakan adalah sebagai usaha untuk memulihara alam sekitar dan menjaga keseimbangan ekosistem di kawasan tersebut. Aktiviti ini bukan sahaja mengindahkan alam sekitar, malah memberi manfaat besar kepada ekosistem dengan melindungi garis pantai serta habitat hidupan laut.
Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat. Sama-sama kita terus menyemai cinta terhadap alam sekitar demi kelestarian bumi.
#NRES
#hariozonsedunia2026
#Beatplasticpollution
#jabatanalamsekitar
#jasperak_jun2026
#Harialamsekitarsedunia
#alamsekitartanggungjawabbersama
#perakbumilestari