PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Bengkel

BENGKEL PENYELARASAN CABARAN PENGOPERASIAN TASK FORCE KDN INTRA INTER AGENSI SIRI 4 TAHUN 2026

- 02/07/2026 2 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
BENGKEL PENYELARASAN CABARAN PENGOPERASIAN TASK FORCE KDN INTRA INTER AGENSI SIRI 4 TAHUN 2026
Tahun
2026
Organisasi
Kementerian Dalam Neger
Lokasi
DEWAN GEMILANG, ARAS BAWAH, SP 1 KDN, PUTRAJAYA.

Penerangan

Task Force KDN Intra Inter Agensi adalah selaras dengan arahan YBhg. Tan Sri Ketua Setiausaha Negara (KSN) melalui Mesyuarat Pasukan Petugas Khas Reformasi (STAR) Bil. 9 bertarikh 29 Oktober 2025 bagi memperkukuhkan mekanisme penyelarasan pengoperasian secara lebih berstruktur, bersepadu dan berorientasikan keberhasilan merentas Kementerian, Jabatan serta Agensi. Pendekatan ini dilaksanakan bagi memastikan isu-isu berkaitan pertindihan bidang kuasa, ketidakselarasan SOP, kelemahan perkongsian maklumat serta jurang pelaksanaan penguatkuasaan dapat dikenal pasti, diselaraskan dan ditangani secara holistik serta berkesan. Dalam hal ini, hasil dapatan bengkel yang meliputi aspek penglibatan agensi, cabaran pengoperasian semasa, analisis keperluan penyelarasan serta cadangan penambahbaikan yang praktikal dan berimpak tinggi akan diperhalusi secara menyeluruh sebelum dibentangkan secara berkala di hadapan YBhg. Tan Sri KSN bagi tujuan pertimbangan dasar, penetapan hala tuju strategik serta pengukuhan tadbir urus pengoperasian antara agensi secara lebih efektif dan bersepadu.